PENDAKWAH bebas, PU Syed tampil memberi teguran secara terbuka kepada pelakon dan penyampai radio, Azad Jazmin susulan tular sebuah video memaparkan aksi dia berkemban.
Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Isha, 43, mempersoalkan tindakan tersebut yang boleh memberi pengaruh buruk kepada peminat dan pengikut di media sosial.
“Itu bukan lawak, itu lambang ketidakcerdikan kita terhadap hukum Allah. Benda ini dia tahu, tapi rasa buat content tiada masalah. Ini masalah besar buat umat Islam.

PU Syed menasihati Azad supaya melakukan kandungan yang lebih baik.






