PENYANYI Hafiz Suip kembali sah bergelar suami kepada pilihan hatinya yang dikenali sebagai Fiona Saffiyya.
Berita gembira itu dikongsikan melalui sesi siaran langsung di halaman Facebook miliknya pada petang Jumaat.
Hafiz atau nama sebenarnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, sah bergelar suami kepada Fiona dengan sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di sebuah dewan di Petrajaya Kuching, Sarawak.






