PENYANYI Hafiz Suip tampil menjelaskan dakwaan dirinya cepat ‘move on’ selepas bercerai dan melangkah ke alam perkahwinan.
Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 36, berkata isu sebenar bukanlah tentang dia cepat melupakan masa lalu, sebaliknya krisis rumah tangganya sudah lama berlaku namun tidak pernah dikongsi secara terbuka.
“Sebenarnya bukan isu saya cepat move on. Benda (masalah rumah tangga) sudah lama berlaku cuma saya tidak bercerita.







