JENAZAH ibu kepada penyanyi, Hafiz Suip iaitu Allahyarham Halizawati Salleh, 60, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya, Sarawak pada pagi Selasa.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.25 malam semalam di Hospital Umum Kuching, akibat komplikasi penyakit kencing manis.
Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah tindakan Hafiz atau Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, yang mengimamkan sendiri solat jenazah ibunya di Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma, sebelum dikebumikan.

Momen Hafiz bersama kedua-dua ibu bapanya ketika konsert sulungnya di Kuala Lumpur 1 November lalu.






