BEKAS isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada tampil membuat laporan polis selepas mendakwa aktor berkenaan mendedahkan dokumen mahkamah berkaitan kes mereka di media sosial.
Menurut Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, dia mengambil tindakan itu susulan perkongsian tersebut turut membabitkan maruah keluarga yang tidak sepatutnya dikongsi kepada umum.
“Saya tak pernah buat begini. Selama ini kalau marah sekalipun saya akan diam sahaja. Dia mencabar kesabaran saya.
Shuhada minta Hafidz selesaikan kemelut antara mereka hanya di mahkamah.