PENYANYI Hael Husaini enggan menjawab mengenai dakwaan sudah bernikah secara senyap dengan Dayang Nurfaizah pada Disember lalu.
Hael ketika ditemui media menjelaskan dia hanya akan memberikan komen berkaitan kerja yang sedang dilakukan.
“Hari ini saya sudah berjanji dengan Datuk Nana (Ketua Pegawai Eksekutif Amber), hanya akan fokus pasal Amber sahaja (jika diaju soalan wartawan).

Hael dan Dayang turut digosipkan sudah melangsungkan pertunangan tahun lalu.





