PELAWAK Achey berdepan detik cemas apabila tayar kereta yang dinaikinya pecah semasa dalam perjalanan ke Kerteh, Terengganu pada malam Sabtu.
Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 38, bagaimanapun bersyukur apabila pekerjanya yang memandu kenderaan jenis Mercedes Benz itu berjaya mengawal keadaan dengan baik.
“Saya dekat Kuantan tengah bawa laju juga. Tayar meletup! Habis spotrim apa semua. Melayang-melayang.

Achey kongsi keadaan keretanya sebaik kejadian tayar pecah.





