SELEPAS lebih dua dekad bergelar anak seni, penyanyi Shila Amzah mengakui Gegar Vaganza (GV) antara platform terbaik untuk menyuntik semula semangat dan mengembangkan kerjaya seseorang penghibur.
Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 36, berkata penyertaan dalam program realiti hiburan itu bukan sahaja memberi peluang kepada penyanyi untuk kembali mendapat perhatian, malah membantu membentuk disiplin diri dari aspek mental dan fizikal.
“Untuk saya GV ini memang satu platform yang sangat bagus untuk reboot kita (artis) punya kerjaya sebagai seorang penyanyi.







