PELAKON baharu Hakimi Noordin menyifatkan spekulasi kononnya dia sedang menjalin hubungan cinta lokasi bersama pelakon Sharmaine Alexander sebagai bukti keserasian lakonan mereka di hadapan kamera berjaya membuatkan penonton percaya.
Meskipun baru setahun jagung melangkah ke industri, Hakimi, 26, menegaskan kemesraan yang dipaparkan menerusi media sosial hanyalah sebahagian daripada komitmen untuk menghidupkan watak dalam drama lakonan mereka.
“Apa yang saya boleh katakan, kalau orang sudah berkata begitu, maknanya kami ‘menjual’ dengan jayanya.







