PENYANYI Amir Masdi menjawab dakwaan yang kononnya dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pemain biola yang mengiringi persembahannya di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) pada Ogos lalu.
Menepis perkara tersebut, Amir atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, 30, berkata gosip tersebut timbul selepas mereka berdua dilihat serasi di atas pentas bagi menjayakan penceritaan persembahan lagu Nurcinta.
“Sebenarnya dakwaan itu tidak betul. Saya dengan pemain biola berkenaan pernah bekerjasama beberapa kali sebelum ini untuk persembahan di RTM, Anugerah Seri Angkasa dan sebagainya.

Amir dan wanita tersebut hanya berhubung mengenai kerja sahaja.





