USAHA pelakon Datin Seri Umie Aida dah usahawan kosmetik Datuk Alha Alfa membantu mangsa kekejaman Zionis di Palestin membuahkan hasil apabila berjaya mengumpul dana sebanyak RM300,000 menerusi program Bersamamu Rafah yang diadakan pada malam Sabtu.
Umie yang juga penaung Musolla Aisya berkata, kutipan tersebut berjaya dikumpul hasil sumbangan daripada rakan selebriti dan usahawan yang hadir ke program berkenaan.
“Alhamdulillah Datuk Alha selalu menyokong dan kami berkerjasama sejak tahun lalu yang mana kami pernah buat program bersama berkaitan Palestin juga.
Barisan selebriti dan usahawan yang memberi sumbangan.