DEMI memastikan kebajikan penggiat seni tempatan terus terbela, penyanyi Datuk DJ Dave sanggup melakukan pelbagai usaha agar Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) mempunyai dana mencukupi untuk membantu golongan memerlukan.
DJ Dave atau nama sebenarnya Datuk Irwan Shah Abdullah, 78, turut mendedahkan yayasan berkenaan tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak sejak sembilan tahun lalu.
"Setiap tahun, kami mengadakan majlis makan malam dengan menjemput seorang tetamu kehormat. Kami akan menjual meja untuk mengumpulkan dana.

DJ Dave bersama 15 orang penerima sumbangan YKAT bersempena perayaan Deepavali.






