DALAM kegembiraan menyambut kelahiran cahaya mata kedua, penyanyi Aril Pilus memberitahu hatinya masih bimbang memikirkan isteri iaitu Puteri Erma Adlina Megat Ami yang kini berada di unit rawatan rapi (ICU) selepas menjalani pembedahan membuang rahim.
Kata Aril atau Khairil Azam Pilus, 37, isterinya itu terpaksa menjalani dua kali pembedahan akibat masalah fibroid yang dialami.
“Saya tak boleh nak terlalu gembira kerana ada yang belum selesai lagi. Sekarang isteri masih ditidurkan di ICU untuk tujuan pemantauan. Tak boleh nak ceritakan perasaan sekarang ini, saya rasa kosong.

Aril mohon doa agar isterinya segera sembuh.






