PELAKON Janna Nick memaklumkan dia terpaksa menjalani pembedahan sinus akibat masalah resdung yang kronik.
Janna atau Nurul Jannah Muner, 29, berkata punca sinus itu menjadi semakin teruk selepas dia menjalani penggambaran bersama seekor kucing.
“Ini adalah pertama kali dalam hidup saya perlu surgeri. Yang pastinya saya masuk hospital bukan sebab mengandung.

Dini sempat berseloroh agar netizen tidak membuat spekulasi mengenai bentuk hidung Janna.






