PENYANYI Noraniza Idris berdepan pengalaman kurang menyenangkan apabila ada individu mula menjauhkan diri daripadanya selepas tidak terpilih untuk terlibat dalam konsert tradisional Gema Bumantara Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani, 57, berkata keadaan itu berlaku apabila ada pihak yang menganggap dia sengaja tidak mempelawa mereka untuk bekerjasama.
Sedangkan jelas Noraniza, keputusan pemilihan penggiat yang terlibat dalam konsert berkenaan bukan di bawah tanggungjawabnya.

Noraniza bakal membuat persembahan di konsert tradisional Gema Bumantara pada Oktober.





