PENYANYI Datuk M. Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd mengambil tindakan undang-undang dengan memfailkan saman terhadap syarikat MyTeksi Sdn Bhd yang lebih dikenali sebagai Grab.
Tindakan itu diambil selepas syarikat penyedia perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran itu didakwa menggunakan nama serta jenama maestro muzik itu tanpa sebarang kebenaran bagi tujuan promosi komersial di platform media sosial mereka.
Saman berkenaan telah difailkan oleh M. Nasir menerusi firma guaman Tetuan Zulpadli & Edham di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 April lalu.

M. Nasir dakwa namanya diguna tanpa kebenaran.





