PENGACARA dan pelakon, Elly Mazlein, mengumumkan bakal kembali mewarnai industri muzik tanah air menerusi pelancaran sebuah single baharu yang kini berada di fasa akhir pembikinan.
Menurut Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom, hasrat untuk kembali aktif sebagai penyanyi sudah lama dipendam. Namun, katanya komitmen yang padat sebagai pelakon, pengacara dan usahawan menyebabkan impian itu tertangguh.
“Komitmen saya sekarang banyak termasuklah berlakon, pengacara, bisnes pun ada. Bila saya buat semua ini satu benda (menyanyi) yang saya suka ini dah terlepas.







