PENGACARA Keanu Azman memohon orang ramai agar tidak memberikan kecaman terhadap rakan gandingannya, Raja Azura, susulan pengacaraan mereka dalam program realiti hiburan Kilauan Emas Selebriti (KES).
Keanu atau Mohamad Keanudin Mohamad Azman, 29, berkata Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku sudah memberikan yang terbaik, meskipun terdapat usaha yang dilakukan di sebalik tabir yang tidak diketahui orang ramai.
“Guys, tolonglah jangan terlalu berkasar dengan Kak Engku. Dia dah banyak berusaha yang orang tak nampak.

Perkongsian Keanu yang dimuat naik di Threads miliknya.






