TENGKU Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tampil mempertahankan Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas perkongsian bertarung nyawa ketika melahirkan anak sulungnya dianggap berlebihan oleh sesetengah pihak.
Tunku Azizah, 64, sebaliknya menjelaskan perkongsian yang dibuat kepada wartawan ketika sidang media merasmikan pembukaan Alhaya Fertility Centre di Hospital Pakar KPJ Damansara 2 pada Sabtu bukan dibuat Siti tetapi daripadanya.
“Bertenang, bukan Siti yang beritahu wartawan. Saya yang berkongsi cerita dengan mereka,” titahnya.

Tunku Azizah pertahan Siti daripada komen negatif netizen.






