Hiburan

Gabungan mantap ‘Nidji x Bunkface’ bukti sokongan utuh peminat, 20 tahun kekal dalam industri

KUMPULAN rock Bunkface dan Nidji meluahkan rasa teruja serta terharu dengan sambutan luar biasa peminat yang membanjiri konsert mereka yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Konsert yang menggabungkan dua kumpulan dari Malaysia dan Indonesia itu jelas membuktikan keutuhan sokongan peminat terhadap karya mereka selama lebih dua dekad mewarnai industri muzik.

Vokalis Bunkface, Sam atau Shamsul Annuar Mohd Bahrom, 37, menyatakan rasa bangga apabila melihat peminat masih setia menyanyikan lagu-lagu mereka.

Peminat Bunkface (dua dari kanan) naik ke pentas menyanyi bersama Sam (kanan).

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh