PASANGAN penyanyi Tom dan Fuad Rahman tidak merancang menambah bilangan anak selepas mereka menyambut kelahiran caya mata pertama pada Februari tahun depan.
Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 44, berkata, dia berasa kasihan melihat keadaan Tom yang mengalami alahan teruk sepanjang tujuh bulan kehamilannya.
“Ini yang terakhir rasanya… Sebagai suami saya memang kasihan melihat keadaan dia tapi kami tidak rancang untuk ‘ikat’ dan buat perancangan sendiri sahaja.

Pasangan ini bakal menimang cahaya mata pada Februari tahun depan.






