KUMPULAN muzik Indonesia iaitu Fourtwnty meluahkan rasa sebak apabila mengetahui ada peminat dari Malaysia membatalkan hasrat membunuh diri selepas mendengar dua lagu nyanyian mereka iaitu Mencintai Traumaku dan Larasuka.
Bersyukur karya mereka mampu membawa aura positif kepada pendengar, vokalis Fourtwnty iaitu Ari Lesmana menganggap pengalaman dilalui itu cukup indah dan paling bermakna dalam hidupnya.
“Ada satu cerita menarik mengenai peminat di Malaysia, gara-gara lagu Aku Mencintai Traumaku dan Larasuka, peminat tersebut tidak jadi bunuh diri.
Fourtwnty terharu lagu mereka juga mendapat sambutan di Malaysia.