GARA-GARA foto disunting menggunakan artificial intelligence (AI), penyanyi Jatt Ali dikecam netizen di media sosial Facebook.
Ia berikutan gambar tersebut memperlihatkan Jatt atau Tahir Ali, 69, memakai kasut di dalam rumah ketika melawat anak sulungnya Tallisya yang baru melahirkan cahaya mata pada 20 Disember lalu.
Tampil menjelaskan perkara sebenar, penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahira memberitahu perkara tersebut adalah fitnah semata-mata.

Foto asal yang diambil Shiera.






