SEBULAN selepas kisah tular kononnya membeli Lamborghini SVJ, pelakon Syafiq Kyle akhirnya tampil dengan ‘kereta sebenar’ iaitu sebuah Mercedes-Benz G-Class atau lebih dikenali sebagai G-Wagon.
Perkara itu dikongsikan oleh seorang jurujual, Fuad Samsudin, yang memuat naik video di TikTok memaparkan dirinya menghantar kenderaan mewah tersebut kepada aktor filem Blood Brothers: Bara Naga itu.
"Selesai penghantaran kereta untuk Syafiq dan Mimi Lana," tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.

Syafiq ketika menerima G-Wagon miliknya oleh penjual kereta.





