PENGIKUT setia program realiti Akademi Fantasia (AF) pasti mengingati salah seorang peserta yang juga naib juara musim kelima iaitu Ebi Kornelis.
Lama menghilangkan diri dari radar dunia hiburan, Ebi atau Ebi Kornelis Firdaus Yaimal, 40, memberitahu dia masih aktif dalam bidang seni namun lebih banyak terlibat dalam kerja belakang tabir seperti pengarahan dan menulis skrip.
Tidak hanya itu, Ebi memberitahu dia juga sibuk menguruskan syarikat pengurusan acara miliknya yang berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah dan tidak terfikir untuk kembali ke Semenanjung Malaysia dalam masa terdekat.