Hiburan

Finas pertimbang dana khas drama bersiri artis veteran, Hans Isaac sedia bawa cadangan AR Badul

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menyambut baik cadangan pelakon, AR Badul yang meminta supaya diwujudkan dana khas bagi penerbitan drama bersiri yang memberi fokus kepada golongan artis veteran.

Pengerusinya, Datuk Hans Isaac berkata, cadangan itu akan dibawa ke peringkat jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Ahli Perbadanan Finas untuk perbincangan lanjut.

Menurut Hans, cadangan berkenaan dilihat bernas dan berpotensi dilaksanakan menerusi inisiatif sedia ada iaitu Dana Supertelefilem Bintang Veteran (STAR) dengan beberapa pengubahsuaian membabitkan dokumentasi serta format penerbitan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh