SELEPAS enam tahun tidak muncul dengan karya zombie, pengarah Korea Selatan, Yeon Sang Ho akhirnya kembali mengubati rindu peminat menerusi filem terbaharu berjudul Colony.
Sang Ho yang sebelum ini mencetuskan fenomena global luar biasa menerusi filem pecah panggung Train To Busan dan Peninsula, menyifatkan filem terbaharu ini sebagai naskhah yang paling agresif dan mendebarkan pernah dihasilkannya.
Berbeza dengan filem-filem terdahulu, Colony bakal memaparkan plot yang lebih hebat dan tidak disangka.

Plot cerita ini dikatakan lebih menarik berbanding Train To Busan.





