Hiburan

Filem ‘La Luna’ wakil Singapura ke Oscar, Sharifah Amani anggap rezeki tak disangka-sangka

FILEM lakonan pelakon Shaheizy Sam dan Sharifah Amani iaitu La Luna dipilih mewakili penyertaan Singapura bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik di Anugerah Oscar ke-97 tahun depan.

Mediacorp melaporkan, filem arahan pengarah Singapura, M. Raihan Halim ini diumumkan oleh Suruhanjaya Filem Singapura (SFC) iaitu sebahagian daripada Penguasa Pembangunan Infokom Media Singapura (IMDA) yang membuat penilaian dan memilih La Luna untuk bersaing ke peringkat antarabangsa.

Menurut Penolong Ketua Eksekutif IMDA iaitu Justin Ang, filem La Luna merupakan bukti bahawa kehidupan berbilang bangsa dan bahasa di Singapura dapat menghasilkan sebuah karya terbaik.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh