PELAKON Azrul Zaidi mendedahkan realiti yang dilalui apabila tidak menerima sebarang imbuhan atau bonus meskipun filem lakonannya mencatatkan kutipan pecah panggung jutaan ringgit.
Menurut Azrul, 52, pemberian ganjaran tambahan kepada pelakon dan kru sebenarnya bergantung sepenuhnya kepada budi bicara serta ihsan pihak penerbit itu sendiri.
“Atas ihsan produser sebenarnya. Macam filem saya berlakon Suatu Malam Kubur Berasap, produser janji kalau hit RM1.5 juta ada bonus,” dedahnya di halaman Threads pada Rabu.
Azrul meluahkan rasa kecewa di halaman Threadsnya.





