PENYANYI Amira Othman enggan mengambil pusing terhadap setiap kritikan negatif termasuk isu busana raya yang digayakannya di Istanbul, Turkiye disamakan dengan terung oleh netizen.
Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman, 33, berkata, dia tidak mampu memuaskan hati semua orang dan menganggap segala kritikan dilemparkan sebagai asam garam anak seni.
“Komen dan kritikan itu perkara biasa. Saya pergi majlis atau program usrah pun boleh jadi isu, apatah lagi kalau ada sedikit kekhilafan.

Amira menganggap segala kritikan dilemparkan sebagai asam garam anak seni.





