PENYANYI Den Manjo, tidak menyangka single terbaharunya bersama Eda Ezrin berjudul Adek Saye Abe Sore sekali lagi mencetuskan fenomena apabila tular di platform TikTok.
Den atau Mohamad Hafizzudin Md Yusof, 30, berkata lagu ciptaan Eddie Hamid dan Mekiya dengan lirik oleh Fadhil Turbo, Anna, Jaju dan Te Ha itu ialah satu kejayaan yang disifatkan sebagai satu rezeki buat mereka.
"Apabila kami tampil dengan single baharu berjudul Adek Saye Abe Sore dan sekali lagi memasuki senarai For You Page (FYP) di TikTok, saya anggap ia sebagai satu rezeki.







