PELAKON dan usahawan Nur Fazura meluahkan rasa terkilan apabila anak perempuannya, Nur Fatima berdepan dengan gejala buli sejak lahir.
Lebih menyedihkan, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 43, berkata terdapat segelintir individu sanggup menggelar Fatima dengan panggilan tidak beradab seperti ‘barua’ dan ‘Myanmar’ selain mengaitkan arwah bapanya.
"Akhir-akhir ini, ada yang buli dengan kata Fatima barua serta kutuk arwah ayah saya. Masa fatima lahir lagi sudah dicerca dan dikecam.

Fazura tidak berdiam apabila anaknya menjadi mangsa kecaman.






