PENYANYI Datuk Fazley Yaakob berkongsi keadaan terkini ibunya, Datin Paduka Umi Kalsom Abdol Latib yang semakin merosot akibat demensia apabila ingatan jangka pendeknya kini hanya mampu bertahan selama 30 saat.
Fazley atau Ahmad Fazley Yaakob, 48, berkata keadaan ibunya semakin membimbangkan sejak dua hingga empat bulan lalu.
“Buat yang mengenali ibu saya, beginilah keadaannya sekarang. Dia ada demensia atau orang Melayu kita panggil sebagai ‘nyanyuk’.







