PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mencuri perhatian apabila berjanji akan menerbangkan dron khas buat penyanyi Aina Abdul andai berjaya merangkul gelaran juara Eurovision Song Contest Asia 2026 pada malam ini
Fazley atau Ahmad Fazley Yaakob, 48, turut memberikan kata-kata semangat kepada Aina yang bakal membawa nama Malaysia di pentas pertandingan berprestij itu.
Permintaan Fazley itu turut mencuit hati apabila beliau terlebih dahulu meminta ‘izin’ daripada bakal tunangnya, usahawan sensasi Datuk Seri Vida, sebelum berjanji mahu menerbangkan dron buat Aina.

Fazley (kiri) sebelum ini membuat kejutan melamar Vida (kanan) dengan persembahan dron.






