PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mencuri perhatian apabila membuat kejutan melamar usahawan sensasi, Datuk Seri Vida semasa program TikTok Shop 11.11 Mega Syok Live Concert yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada malam Selasa.
Fazley, 48, memulakan kejutan dengan menyampaikan lagu Asmara Ini sebelum menjemput Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 55, naik ke pentas.
Tidak terhenti di situ, Fazley kemudian menyanyikan lagu kegemaran Vida iaitu Di Alam Fana Cinta sebelum mengajak anak-anak mereka turut sama naik ke pentas.







