PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob reda apabila dia bersama anaknya, Fariedz Fazley menjadi peserta kedua tersingkir dalam program Talk To My Manager (TTMM2) pada malam Ahad.
Fazley, 48, berkata dia menerima banyak mesej peribadi (DM) daripada peminat yang rata-rata kecewa dengan penyingkiran tersebut, malah ada yang beranggapan ketiadaan kontroversi atau isu panas menjadi punca Fariedz tersingkir.
Tidak menolak bahawa drama sensasi mampu membantu seseorang artis lebih dikenali, Fazley bagaimanapun berkata sebagai bapa dan pengurus, dia lebih selesa melihat anaknya membina kerjaya secara bersih tanpa gimik murahan.

Fazley bangga dengan kemajuan anaknya.






