IKATAN perkahwinan selama 18 tahun sudah berakhir dengan penceraian namun penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob masih melafazkan kata-kata sayang buat bekas isteri iaitu Azrene Soraya Abdul Aziz.
Malah Fazley, 45, memberitahu dia tetap menggunakan panggilan ‘adik’ buast Azrene seperti mana ketika mereka masih bergelar suami isteri sebelum ini.
Bagi Fazley walaupun sudah bercerai namun kasih sayang terhadap Azrene tetap utuh malah menyifatkan bekas isterinya itu sebagai teman hidup.

Fazley kongsi kehidupan selepas bercerai.






