"Kerana anda semua, malam ini permulaan buat saya."
DEMIKIAN luahan penuh emosi penyanyi Fauziah Latiff yang dilihat tidak mampu menahan sebak ketika menjayakan 4 Decades Fauziah Latiff Live In Concert yang berlangsung penuh meriah di Dewan Plenari, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.
Suasana emosional itu memuncak pada segmen penutup apabila Fauziah atau Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff, 56, menyampaikan lagu ikonik Teratai Layu Di Tasik Madu sehingga seluruh dewan bergema dengan nyanyian peminat.

Fauziah mempersembahkan lebih 20 buah lagu buat peminat.






