PELAKON Raja Atiq memilih untuk mengelak daripada terlibat dalam aktiviti perdagangan mata wang atau ‘trading’ saham susulan adanya fatwa yang mengesahkan perkara tersebut sebagai haram.
Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman yah, 26, berkata, meskipun pernah mencuba aktiviti tersebut suatu ketika dahulu, dia mengambil keputusan untuk berhenti demi menjaga keberkatan rezeki.
"Eh tidak, saya bukan seorang ‘trader’. Biasalah, sebelum ini ada juga saya cuba-cuba untuk mengetahuinya.







