PELAKON Fattah Amin tidak menyangka anak perempuannya, Nur Fatima Aisya mempunyai bakat nyanyian apabila merakamkan lagu duet berjudul Raya Pum Pang Lagi bersama bekas isterinya yang juga aktres Nur Fazura.
Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 36, memuji kecomelan nyanyian anaknya dan meluahkan rasa syukur kerana menerima reaksi positif daripada pendengar.
“Dia memang comellah. Saya memang tak sangka anak saya boleh rakam sebuah lagu duet dengan mommy (Fazura). Cutelah.

Fattah (kiri) sentiasa menyokong minat anaknya.






