RAKAN artis diboikot akibat menghadiri majlis perkahwinan, pelakon Fattah Amin meluahkan rasa hairan dan kurang senang dengan perkara tersebut.
Tidak faham motif gerakan itu ditubuhkan, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, hanya mendoakan supaya golongan itu diberikan hidayah.
"Saya tidak faham dengan benda itu. Niat mereka hanya nak menghadiri majlis kahwin, maksudnya mengeratkan silaturahim. Lepas tu tiba-tiba ada sesetengah pihak pula nak boikotlah, saya tak faham.

Amira dan Fattah tenang berdepan netizen.






