PELAKON Fatin Afeefa nekad tidak mahu kembali ke dunia lakonan dan nyanyian selepas memilih untuk memberi tumpuan kepada kehidupan berumah tangga sejak berkahwin pada 2022.
Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 32, berkata dia langsung tidak pernah merindui dunia lakonan kerana sudah mula bekerja sebagai penghibur sejak berusia lapan tahun.
Malah, dia menganggap keputusan untuk meninggalkan dunia seni sebagai satu pilihan yang membahagiakan dirinya ketika ini.

Fatin seronok dengan kehidupan sebagai seorang ibu dan isteri.






