PELAKON Fattah Amin menyifatkan reaksi anak perempuannya iaitu Nur Fatima Aisya yang menyatakan sudah tidak menyayanginya adalah perkara normal.
Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkata, apa diluahkan Fatima adalah disebabkan dia merajuk dan apa yang terkeluar daripada mulut seorang kanak-kanak berusia empat tahun tidak dapat dijangka.
“Budak 4 tahun, kita tak boleh jangka apa dia cakap. Saya rasa itu normal, mungkin dia merajuk,” katanya kepada mStar.







