PELAKON Fariz Isqandar mengakui kesilapannya dan telah berjumpa dengan pengasas The Cap City, Nigel bagi memohon maaf berhubung kontroversi penjualan topi tiruan yang menjadi tumpuan netizen di media sosial.
Fariz, 20, berkata, dia bersyukur pertemuan yang berlangsung semalam berjalan dengan baik tanpa sebarang tindakan diambil terhadapnya.
"Saya pergi jumpa Nigel untuk minta maaf. Jujurnya saya menyesal dengan diri sendiri kerana tidak tahu menahu fasal Akta Perdagangan.

Fariz sudah mohon maaf kepada Nigel.






