PENYANYI Indonesia, Farel Prayoga tidak menafikan kemelut keluarga yang dihadapinya memberi kesan kepada fokus dalam kerjaya seni.
Menurut Farel, 15, situasi tersebut menyebabkan dirinya mengalami trauma dan masalah kepercayaan terhadap orang sekeliling.
"Saya anggap semuanya sudah selesai. Buat masa ini, saya hanya berhubung dengan ayah dan adik sahaja. Lagipun, saya kini sudah bersekolah di Jakarta.







