PENYANYI Indonesia, Farel Prayoga terus mengorak langkah dalam industri muzik serantau apabila tampil dengan single terbaharu berunsur Islamik berjudul HambaMu.
Menurut Farel, 16, lagu tersebut mencatat sejarah tersendiri dalam perjalanan seninya kerana ia karya Islamik pertama yang dirakamkan di Malaysia.
Jelasnya, dia turut berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan komposer Ippo Hafiz yang disifatkan sebagai satu pengalaman berharga.

Farel mengakui teruja dengan sokongan yang diterima daripada peminat di Malaysia.






