MENJADI peserta kedua yang meraih undian tertinggi untuk mara ke Gegar Vaganza Fantasia (GVF), penyanyi Farah Anuar menyifatkan peluang itu sebagai impian yang lama ditunggu.
Farah atau nama sebenarnya Farah Diana Anuar, 41, mengakui terkejut apabila menerima berita daripada pihak Astro bahawa dia terpilih sebagai salah seorang peserta GVF sekali gus tidak dapat menahan rasa sebak ketika berkongsi khabar itu kepada keluarga.
"Saya dapat tahu pada Jumaat lalu, agak lewat malam. Tetapi sempat peluk-peluk dan menangis bersama suami serta anak-anak.

Farah teruja diumumkan sebagai peserta kedua yang berjaya memperolehi Hot Seat.






