PELAKON Farah Ahmad berpendapat kanak-kanak tidak wajar terlibat dalam pembikinan sebuah karya yang mengandungi unsur keganasan.
Bagi Farah atau Nur Farahaizah Ahmad Zaharuddin, 49, adegan sedemikian boleh mendatangkan kesan trauma kepada bintang cilik sekiranya mereka menyaksikan babak tersebut di lokasi penggambaran.
Lebih teruk lagi apabila kesan trauma tersebut tidak dapat dikesan secara mata kasar dan seorang pelakon kanak-kanak itu hanya memendam perasaan.

Perkongsian Farah di Threads.






