PENYANYI Indonesia, Fajar Noor yang muncul dengan album sulung berjudul Sementara, Selamanya mengumumkan bakal menjejakkan kaki ke Malaysia dalam masa terdekat bagi mempromosikan album berkenaan.
Jelas Fajar atau nama sebenarnya Fajar Nurdiansyah, 22, berkata dia bakal mengadakan sebuah persembahan secara langsung buat peminatnya di Malaysia.
"Terima kasih kepada semua peminat di Malaysia yang sentiasa menyokong muzik saya. Saya sangat teruja akhirnya akan bertemu kalian buat kali pertama.

Fajar tidak sabar turun promosi ke Malaysia.





