GUGUP dan gementar, itulah perasaan yang dirasai pengacara dan penyampai radio, Faizal Ismail, apabila bertanggungjawab menikahkan anak perempuannya, Khairina Iman, dengan pilihan hati, Haziq Asri Zuhaimi di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada pagi Jumaat.
Faizal atau nama sebenarnya Mohd Faizal Ismail, 50, berkata, disebabkan terlalu gemuruh, dia berulang kali berlatih menyebut lafaz akad bagi memastikan semuanya berjalan lancar.
“MasyaAllah, saya ini walaupun nampak selalu bercakap depan orang, guna mikrofon, tapi situasi itu berbezalah.

Suasana sebak apabila Faizal dan anak perempuannya saling berpelukan selepas majlis akad nikah.






